Blogger Widgets ssssshhh...

Monday, November 17, 2014

kepercayaan

Salam
 
Ada satu masa nanti kau akan terkejut bila kau tengok orang yang paling dekat dengan kau pun susah nak dipercayai dah. kehidupan ini aneh tapi itulah hakikat. bermacam ragam manusia ada sampai yang tak masuk dek akal pun boleh ada. aku sayang kau tapi aku tekejut bila kau sanggup bercerita tentang aku dekat orang lain dan yang sebaliknya juga berlaku.
 
bila si A bercerita pada si B tentang si C, si C bercerita tentang si A dekat Si B, jadi sebenarnya mana kepercayaan tu dibina. percaya itu lenyap sekelip mata. semua memori lessap bagaikan angin. aneh bukan, kadang2 rasa tak percaya tapi itulah hakikat.
 
percaya pada Allah, itu lebih baik. tidak mengecewakan dan tidak pulak dikecewakan. rajin2kan diri Su. lets rock!

Tuesday, August 5, 2014

keadaan semasa diri sendiri

assalamualaikum
dah lama tak update so aku update skit pasal diri aku okay
nak baca silakan tanak baca sudah. haha 
sekarang aku dah kerja dekat petaling jaya. nak dekat 6 bulan dah
so setakat ni semua okay dan aku boleh cope lagilah dengan kerja ni
company aku kerja skang sama dengan masa aku praktikal dulu
cuma beza aku sekarang dekat cawangan berlainan

pergi kerja semua orang naik kereta, aku dengan kental naik motor
tu la kau sapa suruh tak ambil lesen kereta dulu
sekarang menyesal tak sudah aku. orang dah jauh bawak kereta sampai siam
aku baru nak kenal stereng kereta tu apa
tu la, dulu mak suruh amek lesen ketegaq tanak.

jeles jugak tgk kawan ramai pakai kereta
aku weng2 pun takat mampu motor je le tapi syukur sebab kalau jem 
aku sampai dulu. keh3. sapa suruh ko pakai kereta
kan dah sangkot kat jem.

dan sekarang aku hampir sepenuh masa menetap dekat petaling jaya
tapi asal hujung minggu aku akan balik kampung atau balik kajang
kau taw reason dia sebab apa? sebab aku nak tengok running man
teruk gila aku obses ngan cerita tu, sampai semata balik kampung
rumah takde astro lah katakan, budak rumah aku jenis tak tgk tv
jadi membazir kalau amek astro

baik aku balik kampung, dapat jugak makan free.
bosan lah pulak cara aku bercerita. tunggu aku mengkreatifkan diri aku balik

Thursday, July 24, 2014

sedikit luahan

assalamualaikum
Sekarang ni kehidupan aku dah berubah 100%.
banyak benda yang aku belajar dan aku paham sikit2.
dunia persahabatan, dunia bekerja, dunia belajar
kadang2 aku rasa aku terfikir boleh ke aku cope dengan semua ni?
aku cuba sebab kadang2 aku just ikot flow tanpa mengetahui apa yang
aku tengah buat.

cuma aku sedikit sedih bila ada kawan dulu siap kata
"even saya dah kawen, saya takkan lupakan awak, awak sahabat saya"
aku tak pernah mengharap apa2 persahabatan dari orang yang sudah berkahwin
yang sudah berkeluarga dan mempunyai banyak tanggungjawab
sebab aku tahu banyak benda lain yang perlu difokuskan
cuma aku ingin menasihatkan jangan mengeluarkan janji kalau tak boleh ikot

kau mengatakan carik kau jika memerlukan apa2 dan nasihat
kelakar kan, kerana masa aku mencari kau
tiada apa2 balasan yang aku terima
macam biasa aku tak marah, aku paham kau manusia biasa

aku tak marah pun kalau kita terputus hubungan
aku marah kalau bermain dengan kata2. lagi2 bermain dengan agama
aku cuma ingin mengatakan aku tiada kawan yang sombong
dan jika kau seorang yang sombong
kau bukan kawan aku. bukan aku yang putuskan persahabtan
tapi kau yang melakukannya. senang bukan
all the best buddy, kalau aku terserempak dengan kau
aku tak kenal kau. :)

btw sekarang aku sudah mempunyai kerjaya tetap, Alhamdulillah
aku cuba untuk mengumpul duit sebanyak mungkin
bukan untuk sesiapa, aku just cuba untuk balas jasa ibu bapa aku

sebenarnya terlalau banyak benda nak diceritakan
izinkan aku mengumpul tenaga supaya aku mampu mengupdate seperti dahulu

Saturday, December 7, 2013

pemalas

lama sangat tak buat entry baru untuk diri sendiri ni...

Thursday, October 17, 2013

perspektif cantik di mata manusia



assalamualaikum
cantik adalah sesuatu perkara yang sangat subjektif
sebab cantik di mata kita belum tentu cantik di mata orang lain
cantik di mata orang lain belum tentu cantik di mata kita

namun dalam realiti dunia sekarang kita disogokkkan dengan
kurus adalah cantik, putih adalah cantik, cantik dan tampan di sayangi
dalam iklan tv, semua produk kecantikan adalah lebih kepada memutihkan
ye memang ada yang untuk merawat jeragat, jerawat dan segala bapak bintik hitam
tapi kebanyakannya adalah lebih kepada "CERAH DALAM MASA EMPAT MINGGU"

kadang-kadang kaum perempuan menjadi obses dengan iklan macam tu
dan dengan rasa rendah diri aku pun tidak terkecuali
ye untuk mendapat perhatian umum mungkin ini adalah jalannya
tapi sebenarnya itu semua adalah eksploitasi syarikat2 pengeluar
untuk melakukan jualan produk mereka kepada kaum2 wanita yang berlumba-lumba nak cantik

tapi sebenarnya untuk apa cantik ni, adakah bila putih kita akan cantik?
adakah bila kita kurus kita cantik?
cantik yang sebenar adalah cantik yang datang dari hati
bila hati kita cantik kita akan secara automatik cantik di luaran
kerana apa? kerana akhlak kita akan cantik selari dengan kecantikan hati

semua kejadian Allah ciptakan cantik2 belaka, ada gemok kurus tinggi rendah hitam putih
semua kejadian yang Allah ciptakan ada sebab, 
kadang2 orang gemok rasa irihati dengan orang kurus
kerana pada pandangan mereka yang kurus itu cantik
orang pendek yang irihati dengan yang tinggi macam model
kerana apa? kerana merasakan cantiknya yang tinggi2 neh
dan aku sebenarnya salah seorang yang rendah
tinggi aku 148cm dan aku cemburu dengan perempuan yang tinggi

tapi semua pandangan ni diciptakan oleh manusia itu sendiri
kita yang menciptakan kencantikan itu berlandaskan sesuatu perkara
ia seolah-olah kita mencipta sendiri dinding halangan di antara kita dan 
golongan yang berlainan dari kita

dan tanpa kita sedari sebenarnya kita menciptakan jurang
menciptakan sesuatu perkara yang tidak wujud pada mulanyaa
dulu masa aku diploma ustaz aku penah cakap

"kamu tahu, secantik mana pun muka kamu, mulut berbau jugak,
tapi walaupun Allah jadikan mulut kita semua ni berbau, semua ni ada sebab.
kamu taw apa sebab dia?" 

"tak taw ustaz kenapa?"

"sebab cuba kamu bayangkan, kalau mulut masing2 semua wangi,
yang belakang bau strawberri, yang depan bau anggur, yang tengah bau epal,
karang bila saya tengah mengajar, kamu semua duk sibuk bercium mulut kat belakang saya,
sebab apa? sebab nak bau mulut masing2"

"HAHAHAHA EUUWWW USTAZ NEH"

masa tu aku dah mula berfikir, memang betul apa ustaz kelas aku cakap
nampak kelakar tapi aku paham apa yang ustaz kelas aku cuba sampaikan
sebab masa tu ustaz aku cuba menerangkan kekurangan yang ada adalah bersebab

gemok ke kurus bukan masalah, hitam ke putih bukan berbalah
apa yang penting kita terima kekurangan masing
apa guna kurus kedengking kalau sakit meranting
apa guna putih melepak kalau perangai kuat menjerit melalak
dan sebenarnyaa
kesihatan ya penting, sangat penting. 
agar urusan seharian kita berjalan lancar

jika kita tak sihat sakit kaki, urusan dan segala hal tergendala
tapi jika kita tak cantik, segala hal masih boleh berjalan
kerana kita menggunakan pergerakan, kelincahan dan kekuatan kita dalam
menjalankan tugas seharian
bukannya kecantikan
kecantikan adalah bonus, untuk sedap dipandang. sahaja.

kecantikan yang sebenar adalah datang dari dalam
dan ianya akan boleh dirasai oleh orang sekeliling

meh aku nak sampaikan apa yang aku rasa dulu

seriously aku bukanlah seorang yang cantik, aku rendah, dan sedikit gelap
tapi aku jenis banyak cakap. aku masuk banyak aktiviti kelas masa aku dekat sekolah
aku masuk pidato, debat, dan macam2 aktiviti kelas lagi
sebab aku rasa nak stand up di kalangan yang lain2
aku nak buktikan yang aku jugak boleh berdiri sama level

tapi aku silap, sebenarnya aku tak perlu buat semua tu
sebab perkara tu aku buat untuk memuaskan hati orang lain
sedangkan aku rasa kosong dengan apa yang aku buat
padahal kawan2 aku semua okayh dan terima aku seadanya

and aku bukanlah jenis yang pandai melawa, sangatlah tak pandai
dan masa diploma, aku ada seorang kawan baik
kawan yang memang rapat sangat. tempat aku bercerita

satu hari, kami berjumpa dan berbual macam biasa
dan dia tetiba mengeluarkan kata-kata macam ni

"kau taw, si xxxx tu cantik sangat kan. aku tengok dia kan, aku tenang je.
aku tengok pempuan lawa ni tenang hati aku"

aku terdiam terkaku, masa tu aku rasa malu
sebab aku taw aku macam mana. aku dah mula kecik hati
mungkin aku jugak yang mudah merajok tapi entah kenapa aku memang terasa
dengan apa yang kawan aku cakap

"kau kalau nak jumpa perempuan cantik, sini takde dan
kau boleh balik. carik perempuan cantik mana yang kau nak tu!"

masa tu aku sendiri malu dengan kata2 aku
nampak sangat aku terasa dengan kata2 kawan aku
and aku akui aku memang terasa

tapi masa tu aku lega, sebenarnya dikurniakan wajah yang biasa2 lebih bermakna
jikalau ada yang berminat mungkin dia akan suka kita seadanya
dia akan terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada
tanpa memandang paras rupa

sesapa yang dikurniakan wajah yang jelita
adalah bonus anugerah Allah dan anda tidak salah
orang yang menciptakan jurang diantara kecantikan itu yang bermasalah

dan aku juga telah belajar satu benda
tidak guna memuaskan hati manusia sekeliling dengan menyusahkan diri
kerana sampai bila hati orang keliling tidak dapat dipuaskan
biarlah tak cantik di mata masyarakat asalkan cantik di mata Allah
kerana Allah lebih nampak kecantikan hambanya berbanding orang lain
selamat malam


Tuesday, October 8, 2013

muahahaha :D


kau duduk celah hutan hujan mana ni dik oiii????

p/s : jumpa dekat facebook. jenuh aku gelak tengok gambar ni

Monday, October 7, 2013

picture speak louder than words


the goodbye doesn't matter
the memories does
it's hurt a lot

the good memories make you smile
the others just make you cry
but life must go on
live life to the fullest
yeaaah!


kadang2 mental mereka memang putus. ni tempat budak2 main woi



(dinner debest)
ada hantu di belakang


gambar pre grade. ha pilih2. mana nak kasi taw aku
yang lelaki jangan nak gatal pilih jugak. hikhikhk



aqilah dan insyirah. kawan baik aku kebanyakannya memang nama last doang ah kot



(buka puasa pantai puteri)
geng kulit hitam, eh salah geng baju hitam



asyraf dan syaz. kalau nak taw, acap ni laki paling cool sekali dalam kelas
kau marah ke apa ke dekat dia, dia lek je. tak penah marah sekalipun
aku rasa reseptor marah dia dah putus



(buka puasa pantai puteri)
sebelum baca doa haruslah bergambar dulu. busuk bebudak neh



zetty dengan pia. housemate dan jiran sebelah bilikmate.
zetty orang pertama aku kenal masa dekat melaka.



gambar tasik uitm lendu. tengok memang lawa kan tapi 
biawak besar buaya. aku penah kena kejar. cisss



ekpedisi daki gunung apa tah dekat cameron highland tu. 



(dinner debest.)
 seme bajet kpop. geli aku



(cameron, tempat orang asli main sumpit)
malu pulak nak mengaku ni kawan sekelas aku



(cameron gitu)
kau nak taw aku yang mana? aku yang pakai sweater manu tu
durhaka betul. sweater pinjam je pun. 



gambar gegadis jejaka idaman kelas sebelah yakni kelas A
dah kenapa kau tangkap gambat tengah jalan neh



(beraya rumah aku)
mak aku kata "ni kalau penat rehat2 lah dulu"
boom! seme takde warning terus baring buat macam rumah sendiri



my very2 bestfriend till now. heee aqilah gemok
yang sekarang dah kurus. hahaha



(masa aktiviti role play)
hai nama saya irfan tapi su suka panggil saya bruce lee



dayah, miza dengan kak yong
doang bertiga bila bercakap lembut sangat. 
kena pasang speaker baru dengar dan paham



(game futsal)
siaplah kau irfan, dalam court karang aku tak sepak bola
aku nak tumbuk kau je

eleh jeles ngan muscle aku lah tu



(overnight kelas A dan kelas B)
okeh sekarang sapa nak belanja kita makan neh

krik krik krik krik....



(presentation role play)
bas dah sampai, sapa nak naikk???



(presentation role play)
hamper je??? ni aku punya sorang. kau orang nak beli sendiri



(pre grade)
aku pun tataw aku g mana masa ni. kuat sangat merayap
orang tangkap gambar aku merayau dalam bangunan tu



fizah dan fatin. jiran sebelah bilik yang baik hati sangat
selalu mendermakan makanan dekat aku dan menjadi rumah kedua
sebab aku selalu tak bawak kunci



nyah dengan qiqi
ca, kau buat muka gitu nak kena sepak ke?



tak penah di buat orang keluar beramai ramai sampai berkereta-keriti
penuh dataran pahlawan tu dengan bebudak course aku je



acap ni aku nak tangkap gambar dia duduk depan aku dah kenapa??



kau dah hafal dialog mandarin tu zak??

eh dialog? tu bukan lirik lagu ke??

masa sebelum masuk u dulu
aku cukup takut nak kawan dengan kawan2 aku yang duduk shah alam
sebab banyak cerita dalam drama, budak bandar tak suka budak kampung

tapi kawan2 aku tak gitu, doang baik sangat
tak kisah kau sapa, bekawan atas dasar kawan
sebab tu aku dengan kawan2 aku yang melaka ni still rapat sampai skang
masih contact dekat facebook dengan twitter

doang ajak aku naik KL, sebab nak belanja makan
aku je tak naik lagi sebab kekangan masa

dan lagi kau orang mesti rasa pelik kenapa banyak gambar budak lelaki kan
kebanyakan kawan2 perempuan aku dulu doang free hair aka tak pakai tudung
dan sekarang doang dah pakai tudung malah lebih sempurna berbanding dengan aku

jadi sebab tu gambar2 kawan2 perempuan aku
aku tak publishkan.. :)


kau taw, memori tu indah untuk diingati
sebab tu yang mengikat kita dan rakan2 kita bila berjauhan
dan itu yang menjadi topik perbualan bila kita berjumpa lagi
di masa akan datang.
all the best kawan2.. (",)



aku masa zaman universiti memang tak reti dress up pun... heee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...